Friday, July 16, 2010

Selamat Ulang Tahun ke-3

Abang...
segala cerita kita lalui bersama
ada cerita duka,adakala gembira,
ada ketika ayang merajuk,abang terasa,
namun hati ayang tetap untuk cinta kita.
walau ada ketika ayang terluka,
walau ada ketika ayang terburu-buru.
namun semua hanya sementara
kerana rasa cinta kekal untuk kita.
bajaila ia dengan rasa cinta
semoga nanti ia mekar berbunga

abang,
kini genap cinta kita untuk tahun ketiga,
cuma satu ayang berharap dan berdoa,
moga hubungan ini terus selamanya bersatu,
biar apepun badai yang singgah,
moga kita tetap utuh begini.

abang,
kasih sayang ini hanya untukmu,
tiada dua dan tiada berganti,
dakap ayang erat jangan terlepas,
biar ayang selamanya dihatimu..

semoga cinta ini selamanya.
AMIN;)



Thursday, July 15, 2010

ternoktah duka

mereka tahu sebab kita bercerita
mereka tergelak kerana kita ketawa
namun mengapa tidak menangis tika berduka
berharap pada cerita cinta kita berdua


ada kini kita utuh berdua
tidak gentar pada derita
di undang datang suka dan duka
kerana tahu ia pelengkap cerita


bila mahu bersatu jiwa
kerana rindu kekadang bertimpa
biar sesaat ingin berjumpa
kalau sudah jodoh bersama
semoga ianya kekal selamanya


tika ini menoktah gelita
semoga esok cerah sentiasa
tiada lagi kelam dan derita
kerana bahagia terdamba
kerana antara kita tetap bersama

Friday, July 9, 2010

Janji kita

rasa sakit itu indah
rasa cinta itu suci
namun bila ia kian rapuh
tangis dan sedu setia menemani

jaga lah hati ini dengan sayang
hiasi hubungan ini dengan cinta
biar hidup bagai di kayangan
kerana cinta itu milik kita

sekali rasa sakit itu bagai pengajaran
kerana cerita cinta bukan selalu indah
adakala tersungkur, namun kita bingkas bangun
adakala berkecai, namun kita tak gundah

cuba dan mencuba untuk bersama
kerana hingga saat itu nanti kita akan bersatu
kerana ada janji yang belum terlaksana
menanti waktu untuk tertunai

C.I.N.T.A.D.A.L.A.M.H.A.T.I.



Thursday, July 8, 2010

Liku-liku cerita

baru semalam kita berkenal sapa,
baru semalam kita tersenyum mesra,
tika kamu tersenyum, aku membalas ceria
sedikit rasa menyapa, namun aku tidak alpa,

perjalanan kita teruskan bersama,
menghitung hari dan detik bersama,
saban hari kita semakin mesra,
berkongsi cerita, berkongsi gelak dan tawa.
aku dan kamu punya cerita berbeza,
namun kita sama berusaha,
agar diantara kita, akan ada sedikit persamaan rasa,
kita selalu berkongsi derita, kita selalu bercerita duka,
walau badai datang bertimpa,hingga saat kita terduduk lesu
namun cuba mencari jalan berdamai..
ada ketika kita lelah melangkah lagi..namun hati kuat untuk bersama..
semoga cerita cinta dua hati ini terus kekal bercinta..
walau sesaat seperti rapuh bagaikan dahan yang buruk,
namun hati masih teguh seperti batu..moga terus begitu selalu..
semoga penghabisan cerita ini bahagia
semoga penghabisan cerita ini bersama.....

C.I.N.T.A.S.A.M.P.A.I.M.A.T.I

bergetar hati mereka di uji
kenapa di biar begini
terlalu sakit jiwa menangisi
tidak mampu lagi diri meratapi

tika diri sudah berserah
sudah jauh untuk berharap
datang dia sedikit berharap
semoga cinta sentiasa digarap

namun kami tetap erat
bagai sudah kami terlekat
tidak rapuh walau di kerat
tidak getar walau di jerat

cukup cinta untuk di tangisi
aku cuma ingin dicintai
kekadang ingin dikasihi
oleh insan yang disayangi

bebas hati merasa

bila terlena ada rasa terindah
mimpi datang menyinggah
kadang dijemput rasa gundah
kadang tertinggal kenangan indah

aku tersungkur derita
dia menangis bersama
aku meludah gelita
dia berdoa bahagia

namun hati makin sakit
rindu makin berbukit
dia berjanji untuk terikat
kerana janji aku kejap erat
takot jika hati terjerat

kini kami bahagia
ujian cinta kami lalui bersama
kerana kasih ALLah kami bahagia
kerana kasih Insani kami bersama

17.07.2007

cinta lahir dari dua hati
terperi indah bersama janji
pelbagai suka duka bersemi
pelbagai corak cerita diwarnai

seketika terasa jauh berlagu
namun rindu datang bertamu
seketika hati dilewati cemburu
namun dua hati telah bertemu
sentiasa berjanji untuk bersama berduka
namun tahu pelangi bahagia akan ditemu

biar cerita ini bahagia
biar derita itu serasa
biar gembira itu ceria
biar duka itu penambah rasa
biar semua akan terasa
kerana rasa itu cuma antara kita


cinta sayang untukmu.:)