mereka tahu sebab kita berceritamereka tergelak kerana kita ketawa
namun mengapa tidak menangis tika berduka
berharap pada cerita cinta kita berdua
ada kini kita utuh berdua
tidak gentar pada derita
di undang datang suka dan duka
kerana tahu ia pelengkap cerita
bila mahu bersatu jiwa
kerana rindu kekadang bertimpa
biar sesaat ingin berjumpa
kalau sudah jodoh bersama
semoga ianya kekal selamanya
tika ini menoktah gelita
semoga esok cerah sentiasa
tiada lagi kelam dan derita
kerana bahagia terdamba
kerana antara kita tetap bersama
No comments:
Post a Comment